Powered By Blogger
Powered By Blogger

Wednesday, July 27, 2011

jom baca....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Ba...ngunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon

Monday, July 11, 2011

Terperangkap di pusara IBU..So don't ever do this to your Mom!!!!

' Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada

tengah

hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi

berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n

kepala.



Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di

Dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah
mereka.



' Bincang apa tu? Serius aku tengok,' saya menyapa.

' Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar
dari
kubur emak dia? ' kata Jaimi, kawan saya.

' Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,'

Jawab saya. Memang saya tak faham
kerana lain benar apa yang mereka
katakan

itu.



' Macam ni,' kata Jaimi, lalu menyambung, ' di kubur kat kampung
Batu
10
tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas

itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.

Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi '.



' Kenapa jadi macam tu? ' saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih

mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.




Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah
hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur
belasan
tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang
sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

' Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ' gadis itu membentak.

' Mana emak
ada duit. Mintak dengan bapa kamu,' jawab ibunya perlahan.

Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia

mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.


' Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,'
kata

gadis itu.

' Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit,' balas ibunya.

' RM 20 aja! ' si gadis berkata.

' Tak ada,' jawab ibunya.

' Emak memang kedekut! ' si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.


' Bukan macam tu ta...' belum pun habis ibunya menerangkan, gadis

tersebut

menyanggah, katanya,

' Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! '

' Kalau emak ada du... ' ibunya menyambung , tapi belum pun habis

kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;

' kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! '

Serentak dengan itu,
gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke

pintu. Si ibu jatuh ke lantai.

' Saida.. Sai.. dddaaa..' katanya perlahan sambil mengurut dada.

Wajahnya berkerut menahan sakit


Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia

sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,

dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,

suasana sunyi sepi.



Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah

terkejutnya

dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan

tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.



Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak

bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui

jiran-jiran,

kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang


bekerja di luar.


Jaimi menyambung ceritanya; ' Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30

tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak

dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat

10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya

sendiri pun tak dapat bantu.'


' Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi

ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi

kubur.'


Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah

ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat

tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.

Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba

kakinya
tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula

cemas.


' Kenapa ni ayah? ' kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

' Apa pasal,' Si ayah bertanya.

' Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ' balas si gadis yang kian cemas.




Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi

Seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.


' Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak
naik,'
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut

melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya

keluar, juga tidak berhasil.

' Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..' si gadis menangis

memandang

ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir
kubur.


Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya

beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak

di tanah. Tangisannya bertambah kuat.


' Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? ' kata si

gadis sambil meratap.

' Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun

Tak tau nak buat macam mana,' jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan

Anaknya itu.


Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak

berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.


' Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida...' gadis itu menangis.

Sambil

itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh

diempang lagi.

' Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal...
Saida

menyesal.. Ampunkan Saida emak,' dia menangis lagi sambil memeluk

jenazah

ibunya yang telah kaku.


Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik

keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila

terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur

tersebut perlu dikambus.


' Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.

Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana?

kata imam kepada bapa gadis berkenaan.



' Habis anak saya ?' tanya si bapa.

' Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali,
mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,' balas imam.


Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara

pengebumian
terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.

Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk

Menimbus keseluruhan jenazah ibunya.


Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin

dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta
ampun
kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang
ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.


' Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.

Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.

Nak

tengok apa yang terjadi,' kata Jaimi.

' Aku pun nak pergilah,' kata saya. Lalu kami semua menunggang
motosikal
masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah
berpusu-pusu di sana . Beberapa buah
kereta
polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur

yang

dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah

orang ramai yang sedang bersesak-sesak.



Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling

hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di

depan

kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter

daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di

dalam

kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata

masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis
berkenaan
adalah kenalan saya.



' Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, ' saya memanggil, Raie yang perasan

saya


memanggilnya mengangkat tangan.

' Boleh aku tengok budak tu? ' saya bertanya sebaik saja diadatang ke

arah

saya.


' Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,' jawabnya perlahan-lahan

seperti

berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang

yang tahu.

' Sekejap aja. Bolehlah...' saya memujuk.



Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya

menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie,
seolah-olah
tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar

kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar

hendak

melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.


Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke

pusara

yang
dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis

memerhatikan kedatangan saya.



Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya
saya
tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat

mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya

ke

arah sebuah kubur.



Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat

gadis

berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
teresak-esak.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;

'Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida

menyesal,

Saida menyesal..'


Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang

bengkak, gadis tersebut menangis lagi
memohon keampunan daripada arwah

ibunya. ' Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan

saya,'

Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.


Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata

mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk

menyelamatkan

gadis berkenaan.



' Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ,' rayu bapanya sambil

menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut
langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya

terus

meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.


Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita

datuk

dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.


Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama,
dosa
menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.


Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja

kerana

Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak

mahu,

terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil

berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ' Ampunkan saya

emak,

ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku

insaf...'


Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik

beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi

seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air

matanya.


Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi
perkuburan itu.

Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan

lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan

jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak

dibenarkan.

Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,

permintaan itu terpaksa ditolak.


Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.

Saida

masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak

henti-henti meratap meminta keampunan. Saya

pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara

tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.


Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman

masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih

tetap di sisi kubur membaca
al-Quran, Yassin

dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa

adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.


Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi

oleh

bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis
dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.


Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut

mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis
berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang

bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal

dunia.

Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan
matahari
pada waktu siang dan kesejukan di malam
hari.

Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana

terlalu

sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.


Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah

tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan

seperti

mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang

melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang

derhaka.

suami,isteri,cermin....

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di
dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi
tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan
pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal
mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya
tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik
tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak
cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so,
dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

cukup itu berapa???

"Cukup Itu Berapa?"

Sebuah renungan :

Alkisah, seorang petani menemukan sebuah mata air ajaib.Mata air itu bisa mengeluarkan kepingan uang emas yang tak terhingga banyaknya.

Mata air itu bisa membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang diinginkannya, sebab kucuran uang emas itu baru akan berhenti bila si petani mengucapkan kata "cukup".

Seketika si petani terperangah melihat kepingan uang emas berjatuhan di depan hidungnya. Diambilnya beberapa ember untuk menampung uang kaget itu. Setelah semuanya penuh, dibawanya ke gubug mungilnya untuk disimpan disana.

Kucuran uang terus mengalir sementara si petani mengisi semua karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya. Masih
kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalir hingga akhirnya petani itu mati tertimbun bersama ketamakannya karena dia tak pernah bisa berkata cukup.

Kata yang paling sulit diucapkan oleh manusia barangkali adalah kata "cukup". Kapankah kita bisa berkata cukup?
Hampir semua pegawai merasa gajinya belum bisa dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya.
Pengusaha hampir selalu merasa pendapatan perusahaannya masih dibawah target.
Istri mengeluh suaminya kurang perhatian. Suami berpendapat istrinya kurang pengertian. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah hati.
Semua merasa kurang dan kurang. Kapankah kita bisa berkata cukup?

Cukup bukanlah soal berapa jumlahnya.

Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya bisa diucapkan oleh orang yang bisa mensyukuri.

Tak perlu takut berkata cukup.Mengucapkan kata cukup bukan berarti kita berhenti berusaha dan berkarya.
"Cukup" jangan diartikan sebagai kondisi stagnasi, mandeg dan berpuas diri. Mengucapkan kata cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sulit berkata cukup.
Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia.


Belajarlah untuk berkata "Cukup"

Aku tak suka bibirku..kurang seksi. Aku ingin seperti Angelina Jolie.

cid:_2_076EC67C076EC2940006F79D4725753F

Di saat yang sama seseorang berharap...

Tuhan, berikanlah aku bibir yang normal...

cid:_2_076ECE10076ECBBC0006F79D4725753F

Aku ingin mataku berwarna biru..Akan lebih cantik bila aku punya mata berwarna biru..

cid:_2_076ED61C076ED3C80006F79D4725753F

Di saat yang sama seseorang berharap..

Tuhan, kenapa kau tidak berikan aku sepasang mata untuk melihat...

cid:_2_076EDDC4076EDB700006F79D4725753F

Aku oleskan pewarna dan kurawat jari-jariku agar selalu tampil cantik

cid:_2_076EE52C076EE2D80006F79D4725753F

Di saat yang sama seseorang bersyukur...

Tuhan, kau hanya berikan aku 4 jari, namun aku mensyukurinya. ..

cid:_2_076EECEC076EEA980006F79D4725753F

Aku akan ke salon, creambath dan hairspa agar rambutku tampil cantik

cid:_2_076EF454076EF2000006F79D4725753F

Di saat yang sama seseorang menangis..

Tuhan, kenapa aku diberikan kepala dengan ukuran yang berbeda...

Kalau seperti ini, rambut seperti apapun akan terlihat aneh...

cid:_2_076EFEA8076EFC540006F79D4725753F

Di saat yang sama seseorang bersyukur...

Tuhan, kau tak memberikan aku tangan dan kaki..namun aku bahagia aku masih bisa berkarya...

cid:_2_076F0684076F04300006F79D4725753F

Sesungguhnya tubuh kita adalah hal yang berharga
Tak peduli apapun warnanya, apapun ukurannya, apapun bentuknya...
Syukurilah itu sahabat....

Karena di luar sana masih banyak yang mengharapkan mendapat fisik yang lengkap...
Kau lah ciptaan Tuhan yang terbaik...

Kau yang tampan
Kau yang cantik
Syukurilah itu..walaupun itu hanya sementara...

Sahabat dengarlah... jutaan orang di luar sana ...
Berharap bisa melihat...
Berharap bisa mendengar...
dan berharap bisa berbicara... .
Seperti kita....

Kau tak pernah mengerti..
Dan tak kan pernah mengerti...
Sadarlah sahabat...
Bahwa sesungguhnya kau tidak kekurangan.. ..

Semoga bermanfaat.

" Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu."

- Surah Ali Imran: ayat 31-

Tuesday, July 5, 2011

REMAJA MASJID CheckList iman lemah.........

Senarai Semak Tanda Tanda Iman Kita Lemah Huhuhu

1) Bila Buat Dosa Rase Relax Jer. Steady, Cool Control Ayu N Macho. Selamber Jer Makan Ketupat Sambil Mengumpat Cicah Rendang Daging Saudara Sendiri Huhuhu...

2) Hati Keras Macam Batu Dan Tadak Keinginan Nak Baca Quran. Kalu Bace Harian Metro Bukan Main Jer, Tambah Tambah Lagi Harian Metro Sekarang Dah Macam Harian Seks Jer Muka Depan Dia "Gadis Sunti Dikenduri". Musti Beli!!

3) Rase Malas Nak Buat Amalan Kebaikan Contohnya Selalu Jer Malas Nak Solat Jemaah Lepas Tu Solah Buat Lambat2 Lak, Macam La Kalu Solah Kat Umah N Lambat2 Bole Diskaun Rakaat Tu.....Huhuhu
4) Menolak Dan Tak Suka Amal Sunnah. Nak Pakai Jubah Pun Rase Macam Berjalan Pakai Suar Dalam Kat Luar, Tapi Kalu Pakai Seluar Pendek Rase Bangga Semacam.

5) Selalu Mengeluh Dan Sedih Bila Kena Musibah, Tak Puas Hati Dan Asyik Mood Marah Jer Memanjang.

6)Tak Rase Apa2 Bila Dengar Bacaan Quran, Contohnya Kalu Dengar Janji Manis Allah Tentang Syurga Tak Rase Seronok Pun(Tak Macam Bila Bos Umum Nak Kasi Bonus), Dan Tak Rasa Rungsing,Sedih N Bimbang Bila Dengar Ayat Quran Tentang Neraka Dan Seksaannya(Tak Gelisah Macam Tima Surat Saman)

7) Rasa Liat Nak Ingat Allah Terutamanya Nak Berzikir. Kalu Nyanyi...Huh 5, 6 Juzuk Lagu Bole Abis Sehari...

8) Tak Rase Sedih Bila Ade Orang Langgar Perintah Allah. Peerrhh Nak Sedih Apa...Pergi Beli Lak Tv Tgok Orang Langgar Perintah Allah Hari2 Seluruh Dunia Dalam Umah Kita, Siap Tukar2 Channel Sambil Makan Nasi Dan Bergelak Ketawa Depan Tv.

9)Suka Status Dan Kekayaan. Kononnya Dengan Adenya Harta Bole Lak Lebih Sedekah, Senang Buat Amal. Pi Raaahhh Berapa Banyak Kete Mewah Parking Kat Masjid Time Subuh?

10) Cinta Pada Harta, Takut Bercerai Dengan Harta. Ish...Kadang2 Sanggup Lagi Bercerai Dengan Bini Dari Bercerai Dengan Harta.

11) Suruh Orang Lain Buat Kebaikan Tapi Diri Sendiri Tadak Keinginan Nak Buat.

12) Seronok Tengok Saudara Islam Kena Musibah. Member Jatuh Longkang Pun Ketawa Berdekah Dekah, Kat Mana Yang Lawak Pun Taktau, Tang Darah Ker...Tang Sakit Ker...

13) Hanya Mementingkan Tentang Halal Dan Haram, Tapi Tidak Mengelakkan Benda Yang Makruh. Ala....Makruh Jer...Setelah Ditranslate = Ala Tuhan Benci Ajer....Uhuks..

14) Suka Duk Buat Lawak(Perli, Bahan Gurauan) Dengan Orang Yang Buat Amalan Kebaikan Yang Simple2 Macam Cuci Masjid. "Lor Kutip Taik Cicak Kau Yer, Sesuai La Kau Jadik Ajk Taik Cicak," Muahaaaa.... Muaahaaa.....

15) Tak Ambik Tahu Tentang Ehwal Terutamanya Tentang Pupusnya Amalan Agama Orang Muslim. "Ala Fardhu Kifayah Jer"

16)Takde Rase Tanggungjawab Nak Berbuat Sesuatu Untuk Promote Islam.

17) Takleh Handle Bila Hadapi Musibah Or Malang, Tapi Asyik Menangis Menjerit Jer Time Musibah.

18)Suka Berdebat Walaupun Takde Untung Apa2 Dan Takde Bukti Kukuh.

19) Jadik Terlampau Cinta Dan Tertarik Hati Apa2 Saje Hal Berkaitan Dunia, Sedih Bila Hilang Atau Rugi Apa2 Yg Berkaitan Dunia Sajer...Jalan Kaki Tak Pakai Tudung Relax Jer, Tapi Bila Kena Ragut Jerit Bagai Nak Rak.....

20) Fanatik Dan Taksub Dengan Diri Sendiri.

http://akuhuduh-kedai-iman.blogspot.com/

Monday, July 4, 2011

Rahsia Bola hitam and putih (sedih gile oooooooooo)

Rahsia bola hitam putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak
Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma
tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lan tas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana
dan si
anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"


"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu
je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka
dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang
paling
canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu…

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama
si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut
roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm
stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan
kasut roda
macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah
rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut
roda, ditambah bola hitam dan
bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim
rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya.
Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya
pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si
bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak, keluar
negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan
harinya, dalam bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar
kamu tak
malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota
tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan
bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah
istimewanya
bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu...hingga
dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih untuk
kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi
mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
"trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
sangat
malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran
ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
bapa
tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn bola hitam dan
bola putih semestinya!!.

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta
Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor jeeeee.
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan
bola hitam bola putih. Tak
faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik
tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai
awek anak aku pun
tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si
awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam &
bola putih.
Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek
anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit
bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
dimaklum
oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana
mereka tidak memakai seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga
menangis
kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan
dia...akrablah dua
manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini
selalu minta bola hitam bola putih"


"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu
sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang
baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa ada
kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan
bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU
SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA
PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI
BUATMU?"




(anda semua pun ingin tahu kan ...?)







Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir tiba....



"sebabnya ....saya.. saya... saya...."



*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.
Isk!Isk! Isk!..........Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat
aku.

P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan ...

eshhhhhhhhhhhh!!!!!!! aku pun tension nih....

kenapa laaaaa budak tu mati awal sangat....

takdan nak bgtau sebab apa........

hampehhhhhhhh

aku foward kat hampa plak.....

xkan nk rasa sesorg lak...kasi korang rs jugak...

kuang ajaq tui sape yg bikin ini celite...

aku sanggup x kuar dating sbb nk bc ini celite...

Aiya..

Aku plak siap curik2 bace lg nak nyorok dari boss

Kalo aku tau bengini akhirnya xkan Ku baca sbb makcik

Xpueh ati nie ape kes ngan bola itam putih TU.. Hampeh!!

Cerita sedih........:(

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor…

Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..

Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..

Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i

Diorng da xthan nk jumpe sngat2…

Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..

Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..

Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

P ada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..

Mayat julie selamat dikebumikan. .

Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..

Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..

Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..

Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..

Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki…

Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..

Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..

P ada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..

Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan mema nd u kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya…

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie..

Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..

Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia..

Jimmy semakin tidak senang duduk..

Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..

Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar…

Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,

"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"

"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..

Jimmy semakin kehairanan..

Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"

Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..

Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis

Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..

Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye…

Utk me nd apatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..

Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie…

Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..

Jimmy semakin hairan dan ketakutan…

Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..

Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..

Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,

"awk ngah wat pe??"

Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi

"xde wat papepon..awk da smpai ke??"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"

Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."

Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg..

Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy he nd ak membaca sms tersebut..

Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga…

Kerana sms etrsebut berbunyi

"DIGI ADA DIMANA-MANA"… hahahahahahahaha haha….

sebab sebab penjara pudu ditutup......

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil 'Bilik
Terakhir'. Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan 'BILIK
TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terakhir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan 'Bilik Terakhir'
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,





'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha
Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa ... '



udah tuuuuuuuuu........ peeee buat keja......................



Tahniah kerana minat membaca.




p/s:-kita pun terkena..so apa salahnya foward kat org lain lak
kan ....hahahaha

Saturday, July 2, 2011

sekadar bahan bacaan...

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah
Perhatikan contoh ayat dibawah :

Bahasa Melayu standard:

"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada".

Bila diloghat Utarakan:

"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Bila diloghat Kelantankan:

"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok".

Kesimpulan: Tidak mungkin pipi emaknya tiada tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!
*sekadar bahan bacaan*